Skip to main content

Sebelum Mula Melabur Dalam Saham

Pertamanya tahniah jika anda membaca post ini dan berminat tentang saham sebab tak ramai yang ada perancangan jangka masa panjang dalam kewangan seperti melabur dan sebagainya. 

Ok jom kita tengok apa yang kita perlu buat sebelum melabur dalam saham.

1. Pastikan dah buka akaun CDS. 

CDS tu singkatan dari Central Depository System. CDS ni sistem simpanan pelaburan yang dimiliki dan dikendali oleh Bursa Malaysia. CDS inilah nanti yang kita akan guna untuk masukkan semua transaksi ekuiti secara elektronik macam jual beli saham, bon, warrant, dividen dan lain-lain. Senang cerita CDS ni macam akaun bank la tapi dia akaun yang pegang unit saham kita.

Kos nak buka akaun CDS ni murah je. RM 10 sahaja. Senang je nak buka CDS ni, hanya perlu isi borang dan kepilkan dokumen penting yang diperlukan.

2. Modal pelaburan.

Ini antara yang penting, jika dah akaun CDS tapi tak ada duit dalam tu macam nak pergi berperang tapi pistol tak ada peluru. Modal ni pastikan bukan dari keperluan harian kita. Pastikan dah cukup dulu simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji kita paling kurang. Lepas tu baru boleh sediakan duit untuk mula melabur. 

Berapa modal yang diperlukan untuk mula melabur?

Ini memang soalan yang kerap orang tanya. Benda basic yang kita kena tahu adalam minimum nak beli saham adalah 1 lot. 1 lot ni bersamaan dengan 100 unit saham. 

Harga setiap unit saham ni pulak bergantung pada syarikat mana yang kita nak beli. Yang paling murah harga setengah sen pun ada. Kalau paling mahal boleh cecah hampir RM 150 satu unit.

Jadi, contohnya nak beli saham harga setengah sen, RM 50 pun dah boleh beli saham. Tapi mungkin risiko tinggi kalau saham tu cap ayam.

Setiap kali kita jual beli saham, kita kena tahu di sana ada caj broker. Kos brokerage beli dan jual. Berapa caj broker setiap kali beli dan jual saham? Berbeza ikut broker. Tapi katakan kos brokerage RM 12, setiap kali jual dan beli kos dia dah RM 24. Tak masuk lagi kos stamp duty, clearing fee dan SST. Semua mungkin dalam RM 30 juga. Itu baru untuk sekali trade. 

Jadi sebenarnya nak trade ni modal yang disarankan adalah RM 3,000 ke 5,000. 

Jadi lepas dah ada simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji dan ada lebihan yang kita boleh jadikan modal melabur dalam RM 5,000, bermakna kita dah sedia untuk melabur.

Modal ini adalah modal yang kita sanggup rugi 100% sebab trade saham memang berisiko tinggi. Pastikan bukan duit pinjam dan bukan duit dari simpanan kecemasan.

Tapi boleh je kalau ada modal kecil je untuk mula berjinak-jinak dulu. Tapi kena pastikan boleh buat untung banyak. Sebab takut untung tak cover kos brokerage setiap transaksi yang dibuat.

3. Kena ada ilmu pelaburan saham.

Ha ini yang penting, ramai orang terciduk dan tersontot dalam saham sebab terburu-buru nak trade saham walau belum cukup ilmu. Paling basic kena ada ilmu asas saham. Kena faham asas perancangan kewangan. Kena faham apa itu saham, Bursa Malaysia, CDS dan syarikat broker. Kena tahu juga apa beza melabur dalam saham dan melabur di instrumen yang lain. Proses jual beli saham, kos jual beli saham, perbezaan analisa fundamental dan teknikal pun kena tahu.

Lepas dah faham asas kena tahu asas analisis teknikal macam cara baca candle, Support & Resistance, bila masa sesuai beli dan jual saham, Risk Management Rule dan banyak lagi.

Lepas dah ada ilmu asas ni, kena selalu rajin attend kelas dan jangan kedekut spend duit untuk belajar. Ingat, pelaburan yang paling menguntungkan adalah melabur dalam ilmu.

Sebab banyak lagi yang kena belajar lagi lepas tahu asas dan attend kelas asas teknikal. Kena tahu guna screener dan belajar beli saham olok-olok dulu untuk biasakan diri.

Itulah serba sedikit tentang perkara-perkara yang perlu kita tahu dan buat sebelum mula melabur dalam saham.

Pada saya, ilmu saham ni perlu dirakyatkan agar semua dapat belajar tentang ilmu saham. Kita nak ramaikan lagi orang islam yang celik tentang saham.

Comments

Popular posts from this blog

Golden Trading Rules oleh Adam Khoo

 Adam Khoo ada share Golden Trading Rules yang dia guna. Maksudnya inilah trading rules yang buatkan dia profitable.  Jom kita tengok sama-sama.